UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
PERTANDINGAN FUTSAL ANJURAN BERSAMA
K.R.T SG.TERAP DAN KOMUNITI SATU MALAYSIA
KG.SRI.INDAH
1.0 PERATURAN KEJOHANAN
1.1 PENGENALAN
1.1.1 Kejohanan ini anjuran bersama K.R.T SG.TERAP
DAN KOMUNITI SATU MALAYSIA KG. SRI INDAH.
1.1.2 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil
bertauliah yang diketuai oleh seorang ketua pengadil.
1.2 TARIKH DAN TEMPAT
1.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 25HB JUNE 2011
(SABTU) bertempat di Gelanggang Futsal Arena Square,
Batu Gajah.masa pendaftaran pukul 8.00 pagi.
1.2.2 Pertandingan akan dijalankan di gelanggang terbuka
(HARD COURT).
1.2.3 Taklimat dan undian akan dijalankan pada 24 JUNE
2011 (JUMAAT) di Gelanggang Futsal Arena Square
Batu Gajah pada pukul 5.00ptg.
1.3 FORMAT KEJOHANAN
1.3.1 Kejohanan akan dijalankan secara kalah singkir
(kalah mati).
1.4 KATEGORI PERTANDINGAN
1.4.1 Pertandingan adalah untuk kategori 13TAHUN HINGGA
21TAHUN sahaja dan TERBUKA kepada semua
Warganegara Malaysia.
1.5 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1.5.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5orang pemain
serta 2 pemain simpanan.
1.5.2 Pemain yang pernah mewakili Negara dan negeri tidak
boleh didaftarkan dalam pasukan.
1.5.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan
sahaja.
1.5.4 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan sebanyak
RM40.00.
1.5.5 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang
gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak
membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk
menyertai kejohanan ini.
1.5.6 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-satu
perkara adalah muktamad.
2.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
2.1 Semua jadual pelawanan termasuk tarikh, masa dan tempat
perlawanan akan ditetapkan oleh jawatankuasa penganjur
kejohanan.
2.2 Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain
ditempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.
2.3 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau
mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada
pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta
tanpa diberitahu terlebih dahulu.
2.4 Semua pemain diwajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan
tidak dibenarkan merokok, makan dan minum didalam dewan
atau kawasan pertandingan.
2 5 Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua
Pengadil 15 minit sebelum pertandingan.
2.6 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam borang penyertaan
sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.
2.7 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan
menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 200.00 tidak
lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.
2.8 Bantahan akan didengar oleh jawatankuasa rayuan dibawah
jawatankuasa kecil teknikal dan pengadilan. Keputusan
jawatankuasa ini adalah muktamat.
2.9 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh
jawatankuasa, maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan
satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung
dengan rayuan atau bantahan tersebut.
2.10 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya
rayuan atau bantahan ditolak oleh jawatankuasa rayuan.
2.11 Syarat-syarat dan peraturan diatas boleh diubah atau ditambah
oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan
pasukan yang akan bertanding.
2.12 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.
3.0 HADIAH PERTANDINGAN
4.1 Hadiah pertandingan akan disediakan seperti berikut :
KEDUDUKAN | NILAI HADIAH (RM) |
JOHAN | RM350.00 |
NAIB JOHAN | RM250.00 |
KETIGA | RM150.00 |
KEEMPAT | RM100.00 |
PENGAKUAN DIRI
Saya pengurus pasukan seperti nama dibawah dengan ini bersetuju
Mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual
Yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan pasukan saya mengaku tidak
Akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur dan
Agennya diatas sebarang musibah keatas diri pasukan saya sebelum,semasa
Dan selepas menyertai pertandingan ini.
TANDATANGAN : TARIKH :
NAMA :
NO K/P :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan