Komuniti 1Malaysia

Apakah Komuniti 1Malaysia?
Komuniti Satu Malaysia adalah sebuah pertubuhan sukarela terdiri daripada pelbagai kaum yang ditubuh dan diselia oleh jabatan penerangan bagi memupuk nilai-nilai perpaduan.

Latar Belakang Komuniti 1Malaysia
i.Mesyuarat pasca kabinet telah bersetuju supaya komuniti bestari dijenamakan semula kepada komuniti
  1Malaysia selari dengan Gagasan satu Malaysia.
ii.Menggalakkan pelbagai kaum menyertai komuniti 1Malaysia.
iii.Pelancaran nama baru pada 12Disember2010 bersekali dengan pelancaran sahabat 1Malaysia oleh menteri
   penerangan komunikasi dan kebudayaan.

Konsep Komuniti 1Malaysia
Program gerakan rakyat yang dinamik,berwawasan berasaskan semangat kesukarelaan,berdikari dan mengamalkan perpaduan.

Objektif Komuniti 1Malaysia
i.Memperkasakan semangat perpaduan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di dalam komuniti.
ii.Memupuk semangat kesukarelaan dan berdikari.
iii.Meningkatkan ilmu pengetahuan.
iv.Menjadi agen perubahan dalam komuniti.